NADI Kidventure Live Webinar Operasi Perniagaan
7 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2026, seorang peserta telah menyertai NADI Kidventure Live Webinar yang bertajuk Operasi Perniagaan. Webinar Operasi Perniagaan ini merupakan satu inisiatif pembelajaran yang memberi pendedahan asas mengenai dunia perniagaan kepada golongan kanak-kanak. Webinar ini memperkenalkan konsep asas keusahawanan seperti cara memulakan perniagaan kecil, mengenali produk, mengurus jualan, kepentingan perkhidmatan pelanggan serta penggunaan kreativiti dalam menghasilkan idea perniagaan.
Melalui aktiviti interaktif dan perkongsian mudah difahami, peserta kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran awal seperti berfikir kreatif, membuat perancangan, bekerjasama dan membina keyakinan diri dalam bidang keusahawanan.
Program ini bertujuan memupuk minat serta pemikiran inovatif dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih bersedia mengenali asas perniagaan sejak usia muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: